Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam saya telah berjaya sampai ke Melaka, dengan pemanduan secara bersendirian, dan seorang diri di dalam kereta. (OK. Itu adalah satu pencapaian peribadi. Saya tahu itu adalah perkara biasa untuk ramai orang. Saya masih lagi pemegang lesen Puaka. Haha.)
Tetapi, sesuatu yang tragik (OK, hiperbola, hiperbola). Agak tragik.
Saya bertolak keluar dari Johor Bahru dengan minyak yang menunjukkan 3 bar. Maka dalam hati, oh, mungkin sempat ni.
Kemudian, tidak sampai suku perjalanan, minyak saya sudah berkurang kepada 2 bar. Maka saya menelefon kawan-kawan, sambil memandu di lebuh raya. Wah, macam hustler je.
(Pakcik polis trafik, jika anda, by any chance, terbaca entri ini, tolonglaaah jangan saman saya. Saya desperate.)
Kawan 1: Oh, sempat lagi tu. Sampai Melaka boleh.
Kawan 2: Sempat sampai tol Ayer Keroh.
Maka, saya nampak hentian Yong Peng. Maka saya masuk. Ketika itu masih 2 bar.
Tetapi hanya ada petronas. OK. Seimbas lalu, bersama-sama adrenalin yang mengalir penuh dalam badan, saya terus keluar semula. Tanpa mengisi minyak.
(Ketika itu terpandang ada satu lagi hentian di hadapan).
Keluar sahaja dari situ, lampu minyak dah berkelip-kelip. Sungguh menggelabah biawak saya dibuatnya. Saya mengekalkan pemanduan sehingga 60-80 km/j, iaitu bersamaan kelajuan lori yang membawa muatan kelapa sawit. Lori itu dah banyak kali menyenget ke tepi, suruh saya potong dia.
Tapi ketahuilah pakcik, saya memandu dengan tidak memasang aircond dan tingkap terbuka pada kelajuan yang sangat minima di lebuh raya. Itu tandanya minyak da tinggal sikit.
Dari Yong Peng, saya memandu dengan lampu minyak berkelip-kelip sehinggalah saviour saya muncul di Air Hitam, kalau tak salah (Sebab dah menggelabah sangat). V-Power pun V-Power lah. Janji cik bibahku dapat makan.
Syukur Alhamdulillah semalam tak hujan lebat. Kalau hujan, tak tau lah den nak membayangkan macamana keadaannya. Dahlah lone ranger.
-----
Semalam memang hari yang tragik.
Sudah lebih seminggu saya scratch sana, scratch sini. Adik saya juga.
Maka, semalam, adik saya mahu ke klinik. Saya juga mahu.
Saya tunggu dia masuk jumpa doktor. Tunggu. Tunggu. Dia keluar.
"Scabies," dia kata. "Inn ada scabies,"
"Apa tu?" saya tanya.
"Kutu. Kutu dalam kulit," Erk.
Saya masuk.
"Awak dengan XXX ni adik beradik ke?"
"Ha'ah,"
"Penyakit yang sama juga?"
"Ha'ah,"
Encik tuan doktor memeriksa lengan saya sambil interview saya.
Kemudian dia mengesahkan saya juga menghidap scabies.
Berikut merupakan sedikit sebanyak tentang scabies. Ihsan dari encik wiki:
-Sejenis kutu yang bersarang di bawah permukaan kulit, dan bertelur di situ.
-Kutu betina lebih cenderung untuk tinggal di bawah lapisan kulit, manakala kutu jantan berjalan di atas permukaan kulit.
-Attack seluruh badan, kecuali muka, dan lebih gemar tinggal di celah-celah lipatan-jari, lengan, kelengkang etc etc.
-1 hingga 2 hari incubation, kadang-kadang boleh mencapai sehingga 4-6 hari. Ada kes, setahun dia tak sedar yang dia ada scabies. Yucks.
-Kutu ni jahat gila, dia da gigit-gigit, then kita garu, sebab kulit kita alergik dengan telur ataupun kesan gigitan dia.
-Dan lebih jahat lagi kutu ni, kita kena lumurkan satu badan kita dengan losyen yang boleh bunuh dia, rebus baju-baju kita dalam air panas, jemur dalam cuaca panas, dan disarankan untuk tidak mandi selama 4 hari, lepas tu mandilah bersih, sebersih-bersihnya. Weh, sekarang musim hujan wehh. Adoi lah.
Penyakit ini merupakan penyakit pertama with the known cause yang diketahui. Wujud sejak zaman empayar roman lagi. Sebenarnya wujud dah lama, tapi physician berbangsa roman yang kasi nama kat penyakit ini. Berasal dari perkataan 'scabere' bermaksud 'scratch'
OK. Ini ada gambar yang mengerikan. Norwegian scabies pada pesakit AIDS. Bewareeeeeeee.
(Picture is owned by wikipedia.org. Thanks)
Ngeri kan?
(Sori,x tau cemane nak kecikkan gamba ni)